my work as guru ganti

assalamualaikum..sudah lama tidak menghapdate blog ni...da macam bersawang rasenye..haha...alhamdulillah ada lagi ruang nafas yang diberikan oleh allah S.W.T kepada diri ini untuk terus menyambung hidup di bumi allah ini..kalau sebelum ni da banyak habiskan masa dengan assingment dan penulisan ilmiah.skang da free utk tu semua sebab da xperlu nk fikir2 dan baca buku-buku dalam bahase inggeris.nk kate paham 2 memangla paham..tp dlu penah kene nganjeng ye pasal traslate dead in office sbg mati dipejabat. sedangkan yang sebetulnya adalah mati di dalam perkhidmatan.tp xsangka 2 antara asgment yang berjaya kami skor hasil bersengkang mate sampai kepagi.rase rindu plak nk wat asgment smpi pagi, print asgment..hukhuk..tp dunia semakin berputar.umpama roda.makin lama kita akan jauh meninggalkan laluan sebelum ni.xsangka dlu aq cakap 4 tahun ini adalah tempoh yang lama. tetapi skarang aq rase macam baru semalam aq masuk daftar di UPSI. haha..matiler kalau dak2 ni tau aq cakap camni..tp xpela..lepas abes blaja cam besela jd penganggur..dan oleh kerana xde fulus yang bes maka aq ni umpama cacing kepanasan..xtenteram kalo xdapat keje.mlela aq anta resume aq kat ppd batu pahat.dengan harapan aq dapat jadi guru KGSK atau guru ganti. tp lepas 2 minggu menunggu, xde respon positif walaupun aq cube berkali-kali menelefon pegawai disitu.tp xpela.2la dinamakan cabaran utk mencari rezeki allah. jd aq cube di kulai.mane tau kalau-kalau ada ke..aq cubala telefon kerani2 dan guru-guru yang aq kenal. untuk bertanyakan sama ada disekolah mereka ada kekosongan guru ganti atau tidak..namun kebanyakkan jawapan mereka agar aq pergi ke PPD dahulu.jd pada pagi Jumaat minggu lepas aq telah ke PPD kulai dengan moto scutku yang tercenta untuk mencuba nasib.selepas mengisi form, aq menunggu pegawai yang menguruskan guru ganti ni.namun mereka masih lagi meeting. lalu aq memutuskan untuk menyerahkan borang dan salinan yang diperlukan kepada kerani yang bertugas disitu. aq hanya berserah kepada allah dan memutuskan sekiranya tiada panggilan dari PPD maka aq  akan mencari kerja sebagai operator di kilang. tetapi alhamdulillah pada petang 2, kerani yang merangkap jiranku telah menelefonku dan mengatakan terdapat kekosongan disekolahnya dan memintaku untuk datang kesekolah pada petang itu juga.lalu aq pon mengajak apan,kawan baikku untuk menemani ku kesana. terima kasih kawan. dye banyak temankan aq untuk tarikh2 terpenting aq.jasa ko akn aq ingat sampai mati. apabila sampai kesana aq trus berjumpa dgn pengetua dan penyelia petang. lalu mereka memberikan jaminan adanya kekosongan disekolah tersebut dan meminta ku menunggu jawapan dari PPD Kulai. Akhirnya pada hari selasa, cikgu zamri yang merupakan guru di sekolah kebangsaan kota kulai telah menelefonku dan menyuruhku untuk kePPD kulai berjumpa dengan encik Yussof Khatmin. alhamdulillah, pada keesokkan harinya selepas berjumpa dengan beliau, aku dibenarkan untuk memulakan tugas sebagai guru ganti di SKKK. pengalaman waktu hari pertama sangat mencabar ye. ble da smpai ke sekolah, tetibe je tapak kasut tanggal. yelah.kasut da lame xpakai(sebab kasut tinggal kat perak). memang padan mke aq.so aq terpakse tpon pejabat skola dan cakap aq terpakse kua untuk tampal kasut..peh, memang konfiden bawak moto xde tapak.nasib pakai scut..ley letak tapak 2 kat tempat pemijak..tp memang bengang gle time bagi kasut kat tukang jahit kasut. tp nk wat camne..wat tebal mke sudahla..jd aq masuk skola balik dalam jam 1.30.jadi lepas jmpe pengetua, aq diberikan jadual relief,besela name pon guru ganti.jadi pastu aq terus masuk kekelas.satu pengalaman baru.mengajar sekolah berbilang kaum.memang satu pengalaman baru untuk aq sebab sebelum ni aq bersekolah diseklah melayu,berpraktikal disekolah melayu. jd memang terkejutla.lg berada di area bandar.mereka masih lagi dengan kaum2 mereka.walaupun terdapat cubaan menyusun pelajar berlainan kaum,namun masih kurang memberikan impak yang besar.lg pedih ada yang tidak tahu berbahasa melayu. tp insyallah. aq cbe belajar dari kekurangan.kalau bukan hari ini,ble lagi??kawan-kawan doakan aq berjaya..aq harap korang pon begitu.iklim di U dan waktu berpraktikal sangat lain dengan dunia pekerjaan yang sebenar.so take it note..cewah

No comments:

Post a Comment